Wednesday, December 10, 2008

TeNtAng LeLaKi ..

Bila kita berbicara ttg LELAKI..byak yg kita mula gambarkan dan fikirkan ttg persoalan tingkah laku serta daya tarikan berkaitan dengan mereka.Melakar watak senjata pemikat. segagah tubuh, sekeras hati, seteguh jiwa bisa lemah menyerah kala sukma terjerat. Inilah lelaki, apa saja dan segalanya demi sebuah destinsi jiwa..

Tanpa kita sedar,terdapat beberapa perkara yang biasa diamalkan oleh seseorang lelaki untuk cuba mendekati wanita idaman mereka..Apa yang menjadi persoalan kini,mampukah kaedah dan bahasa tingkahlaku yang digunakan oleh mereka ini berkesan dalam menjerat cinta wanita idaman yang diinginkan??

Disini disenaraikan 13 PERKARA KALAU LALAKI ....


1.Kalau lelaki mengirimkan sistem pesanan ringkas kepada anda lebih daripada sekali setiap hari, walau hanya untuk mengucapkan selamat tengah hari, tandanya dia mula memberikan perhatian kepada anda.
2.Kalau lelaki menghubungi anda tanpa sebab dan berkata "Cuma ingin dengar suara awak saja...", itunya tandanya dia mula menyukai anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki sedar bahawa mereka seharusnya memulakan langkah pertama tetapi khuatir apatah lagi selama ini dia memuja anda dalam diam.
3.Kalau lelaki terdiam setelah pertengkaran panjang, tandanya dia sudah lelah dan ingin pertengkaran ini berakhir... kerana lelaki sejati sering berpegang kepada prinsip enggan berlama-lama bertengkar atau bertikam lidah. Hanya tiga kalimah terucap di awal pertengkaran, lelaki sudah cukup mengerti punca kemarahan anda.
4.Kalau lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda setelah pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah dan kesal kerana telah membuat anda marah kerana lelaki yang benar-benar sayang kepada anda tidak sesekali sanggup melihat anda menangis apatah lagi tangisan anda berpunca kerananya.
5.Kalau lelaki bersandar di bahu dan meminta anda membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cintai sebesar cinta kepada ibunya. Ini kerana lelaki jarang sekali ingin dilihat manja dan mengada-ngada apatah lagi di hadapan wanita. Jika lelaki bersikap sebegitu, tandanya lelaki merasa senang serta yakin 'harga diri'nya tidak akan berkurang jika dia bersikap sedemikian terhadap anda.

3 comments:

Unknown said...

kata 13 perkara?
ader 5jer nie..
u jiwang sudah..ingat gewe yang duk jauh ke?
hehe

SembilanPuluh said...

salam..
you write very well..

shazana said...

For Norli :
lagi 8 perkara tu xlarat nk masuk kan la u..hehehe..mereka lbh tau..
bkn jiwang la..cm skadar kongsi ape yg tau jer dgn blogger ln..hehehe

For S90 : thank's for ur comment n sudikan la diri tuk trus lawat my blog yer..