Wednesday, November 26, 2008

KeHiLanGan =(

Genap 8 hari aku kehilangan ayoh tersyg...11/11/08
cry Pictures, Images and Photos
pagi 11/11/08 dpt berita dari mek yg ayoh sakit kuat..
dan pada tgharinya beliau menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan anaknya..
mek kata ayoh mcm sesak nafas saja dan tiba2 saja diam..
maknanya ayoh pergi dalam keadaan yang aman..tiada kesukaran..
so kami satu fmly kelam kabut berkemas utk pulang ke kg
utk menghadiri pengebumian ayoh..
papa drive laju sgt..hujan sepanjang jalan mcm tahu isi hati yg tgh sedih..
namun perjalanan yg pjg xmengizinkan kami sekeluarga menatap ayoh selamanya lagi..
pengebumian terpaksa diteruskan masuk waktu isya'
aku tau papa sedih..aku fhm perasaan papa..xsempat lihat ayoh
keesokkannya niat nak pergi ke kubur tp hujan masih belum berhenti..
kerana skrg musim tengkujuh di kelantan
3hr disana aku xsempat melawat kubur ayoh..
dan terpaksa kembali ke KL semula
kerana tuntutan kerja..
dan aku..
masih terasa kehilangan kerana tidak sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir..
Don't Cry Pictures, Images and Photos
semoga roh ayoh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan dicucuri oleh rahmat Nya
Al-Fatihah

1 comments:

@ MaMa ALyA @ said...

takziah buat ko & family yer..