Tuesday, April 14, 2009

SiaPa YanG SuKa


Siapa yang tidak suka dipuji?
Semua orang suka dipuji dan sukadisanjung. Semua orang tidak suka dikeji. Tidak suka dibenci. Tidak suka dikutuk dan direndah-rendahkan. Tidak suka diperkecilkan. Cuma kalau ada pun mungkin mereka yang mengaku tidak sempurna. Mereka yang hanya mampu mengucapkan ‘I’m not perfect’... Namun mereka ini tetap tidak suka dimalukan. Tidak suka diperlekehkan.Jadilah mereka yang benci pada pujian, dan suka pada kutukan.

Kenapa pula?
Apabila orang mengutuk kita..sepatutnya, kita akan menerimanya dan berusaha untuk membaiki ketahap yang lebih baik.

Kenapa perlu kita membenci orang yang memuji kita? Kerana mereka ini tidak mahu kita menjadi lebih baik. Apabila dipuji, kita rasa terawang-awangan. Kita tidak rasa kita dibawah. Kita rasa kitalah sebaik manusia. Kita akan berpuas hati dengan diri kita kerana kita rasa kita telah cukup baik. Lantas kita tidak akan berusaha membaiki diri. Bahkan kita mahu dengar lebih lagi pujian dari orang lain.
Bila orang mengutuk kita.. kata kita tamak, kata kita dengki, kata kita busuk hati, kata kita suka mengadu domba, kata kita mengada-ngada,kita pasti melenting. Jarang kita jumpa orang yang akan berterima kasih pada orang yang mengutuk kita sebegini.


Sebenarnya, kepada mereka inilah kita patut berterima kasih, kerana kita tidak nampak kelemahan diri kita, kecuali orang lain yang nampak. Yang kita nampak selama ini adalah kesalahan orang lain. Kalaupun kita tidak seperti yang dikatakan mereka, tidak seperti yang dituduh mereka, kita terima jugalah sebagai sempadan, sebagai peringatan agar kita tidak akan jadi seperti itu..








0 comments: